You are currently viewing 3 DARIPADA 5 PENDATANG ASING BERISIKO MENYEBARKAN CACING DALAM USUS.

3 DARIPADA 5 PENDATANG ASING BERISIKO MENYEBARKAN CACING DALAM USUS.

 

Malaysia merupakan antara Negara yang paling banyak menerima khidmat kerja pendatang asing. Indonesia, Nepal, Bangladesh dan India merupakan mereka yang paling banyak menghuni bumi Malaysia selain daripada kita sendiri.

Sampai terkadang, masyarakat sudah tidak dapat merasa selesa dan selamat berpijak di tempat sendiri. Apa yang lebih membimbangkan selain keselamatan sosial adalah tahap kesihatan mereka yang dibawa masuk mencari rezeki di sini.

Untuk pengetahuan, mereka dibawa masuk dengan pelbagai saringan kesihatan. Namun malangnya, ada kekurangan pada kepelbagaian saringan tersebut.

Kata Parasitologist Universiti Malaya (UM) , Prof Madya Dr Siti Nursheena Mohd Zain, “Ya, mereka disaring untuk HIV, malaria, STD (penyakit seksual berjangkit), TB (batuk kering). Walau bagaimanapun, kita tidak menyaring mereka untuk penyakit parasit.

Hal ini membimbangkan kerana sebilangan besar pekerja asing berada di dalam industri makanan dan perkhidmatan domestik. Pekerjaan mereka menuntut untuk berhubung secara langsung dengan makanan dan minuman.

Kajian UM menunjukkan bahawa 74% daripada peserta dalam sektor perkhidmatan makanan dan 48.6% pekerja perkhidmatan domestik dijangkiti parasit usus.

Hal ini dapat dilihat jelas. Kebiasaannya selepas keluar daripada tandas, kita harus mencuci tangan dengan sabun untuk mengelakkan sebarang kuman atau kotoran melekat. Walau bagaimanapun, hal ini masih dipandang remeh oleh penyedia makanan. Ada yang langsung tidak mencuci tangan dan ada juga yang tidak tahu keperluan untuk berbuat demikian.

Sebagai masyarakat yang sudah umum tahu tentang gejala ini, kita juga boleh mengambil langkah berjaga-jaga sama ada makan di rumah dengan kebersihan yang terjamin atau pun cari restoran yang benar-benar menjaga kualiti kebersihan makanan serta pekerja.

Untuk perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga haruslah mengambil kira untuk mengimplentasikan saringan untuk penyakit parasit kerana masyarakat tidak mahu ruang dan peluang yang dibuka untuk mencari rezeki menjadi lorong pantas menyalurkan penyakit berjangkit!

Sumber : http://www.star2.com