GULA BERLEBIHAN MUSUH KANAK – KANAK

Paras gula yang tinggi atau Hyperglycaemia akan menyebabkan pembakaran glukosa yang berlebihan di dalam otot. Pembakaran tenaga akan menghasilkan gerak – geri otot yang menyebabkan kanak – kanak bergerak tanpa kawalan dan hiperaktif.

Secara umumnya, gula berfungsi membekalkan tenaga kepada kanak – kanak. Walau bagaimanapun, pengambilan terlalu banyak gula boleh memudaratkan kesihatan.

Pembakaran glukosa pula menghabiskan vitamin B1, B2, B3, kalsium, magnesium dan oksigen kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk aktiviti pergerakan otot. Kekurangan vitamin dan zat ini mengurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak. Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak. Mereka mudah gelisah dan cemas kerana otak tidak mendapat bekalan glukosa, oksigen, vitamin dan zat galian yang mencukupi.

 

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Gula boleh didapati dalam makanan, juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti obesiti, diabetis dan hipertensi. Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi menjadi penyebab utama gigi berlubang dan gigi rosak.

Pilihlah Alternatif Yang Lebih Sihat. Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan gula tambahan dan kalori dengan taktik yang menyelerakan.

Hidup Lebih Manis Tanpa Gula !

 

Leave a Reply