SUPERFOOD : SIHAT DENGAN KOS RENDAH

Kita selalu fikir kalau nak sihat mesti dengan produk-produk berjenama dan high class kan? Yela baru lah berkesan. Kalau mahal, mesti berkesan.

Jom kita jadi sihat dengan SUPERFOOD!

Baca setiap keterangan di kapsyen gambar. Kalau bermanfaat, sila kongsikan ya!

  1. ROTI TINGGI SERAT

Kenapa roti jenis ini bagus untuk anda? Sebab roti tinggit serat tidak melalui proses penyulingan kerana tidak menggunakan tepung putih. Kandungan karbohidrat kompleksnya memberi rasa kenyang yang lebih lama. Apa kata sekarang anda jadikan roti tinggi serat buddies anda?

  1. OAT

Oat juga merupakan sumber karbohidrat utama. Selain memberi kesan kenyang yang lebih lama, oat juga mudah disediakan. Sama ada anda mahu oat segera ataupun tidak. Oat juga mampu mencegah kanser serta mengurangkan kadar hipertensi anda. Jom kita ber-OAT!

  1. SUSU RENDAH LEMAK

Susu jenis ini yang paling baik adalah susu lembu atau pun susu soya. Kadar kolestrol anda akan dijaga baik olehnya. Selain itu, tubuh menjadi lebih sihat dan menjamin kesihatan tulang dan gigi yang tidak rapuh.

  1. BUAH-BUAHAN

Dengan kuasa Allah SWT, semua buah-buahan ada khasiat dan magisnya yang tersendiri. Anda juga boleh percaya kepada kuasa buah-buahan untuk memastikan kesihatan anda. Mangga bersifat antikanser, pisang pula untuk antikemurungan manakala oren menjaga kesihatan jantung.